top of page

WELCOME TO MY BLOG

Saya NurSahzirah Nabila Binti Bob Rosdi dari 1 Diploma Pelancongan yang sedang menjalani pengajian di Kolej Vokasional Sandakan ingin memaklumkan bahawa tujuan 'WEBSITE' ini hanyalah untuk tujuan kursus DHC1343. Harap maklum..  

nrsaziraa_

JANGAN LUPA FOLLOW TAU !

TEMPAT MENARIK DI SANDAKAN :)

JANGAN KASI LAMA !!

Bandar kedua yang terbesar di Sabah, Sandakan menawarkan banyak tarikan menarik yang mampu membuatkan jiwa travel anda bergetar. Disinilah anda dapat melihat kekayaan flora dan fauna yang eksotik di bumi Borneo yang pastinya akan meninggalkan memori indah buat anda sekeluarga.

Agnes-Newton-Keith-Sandakan.jpg
Deramakot-Forest-Reserve-Main-Image.jpg
Labuk-Bay-Proboscia-Monkey-Santuary.jpg
As featured in
travel
     blog
PLANETOUR
WORLD
TRAVEL
skycloud

 1) RUMAH AGNES NEWTON KEITH

Agnes-Newton-Keith-Sandakan.jpg

Melihat rumah Agnes Newton Keith ini macam tak sangka bahawa ini pada suatu ketika dahulu adalah rumah pasangan mat saleh,  Mr Harry Keith dan isterinya Agnes Newton Keith. Mana tidaknya, reka bentuknya cukup klasik seperti rumah di kampung-kampung Melayu. Rumah yang dicat putih ini telah dibina semula oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1946 setelah dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke-2.

Rumah ini kini menyimpan pelbagai artifak peperangan, barangan antik termasuklah info tentang kehidupan Agnes Keith. Siapakah Agnes Keith ini? Beliau adalah seorang penulis yang telah menghasilkan tiga buah buku yang diinspirasikan dari kehidupan di Sabah, salah satunya adalah buku yang bertajuk “Land Below The Wind” yang menjadikan negeri Sabah terkenal sehingga ke peringkat dunia.

 

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

 

Harga: Warganegara Dewasa RM2 

            Warganegara Atas 55 Tahun & Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Percuma

            Pelancong RM15

Alamat: Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan

2) Deramakot Forest Reserve

Deramakot-Forest-Reserve-Main-Image.jpg

Deramakot Forest Reserve adalah hutan simpan yang berkeluasan 55,507 hektar. Apa yang istimewanya tentang hutan ini adalah kerana ianya adalah hutan pertama di dunia yang diakui oleh  Forest Stewardship Council sebagai hutan yang dijaga dengan baik.

Ini kerana, aktiviti pembalakan di sekitar hutan ini sentiasa dijalankan mengikut konsep “Reduced Impact Logging” ataupun Pembalakan Kurang Impak (RIL) yang mana, aktiviti pembalakan hanya boleh dilakukan ke atas pokok-pokok yang hanya memberikan kesan minimal kepada tanah dan hutan di sekitar apabila ditebang.

Barulah flora dan fauna terasa disayangi, kan bagus kalau semua hutan diberikan layanan istimewa sebegini.

Harga: Masuk RM15 | Kenderaan RM100 | Kamera RM10

Alamat: Deramakot Forest Reserve, Telupid, Beluran

3) Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

Labuk-Bay-Proboscia-Monkey-Santuary.jpg

Apa pula Proboscis Monkey ini? Kalau anda nak tahu, nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang.

Untuk melihat karenah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, mai singgah ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary. Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan.

Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera!

Waktu Operasi (Jadual Waktu Pemerhatian):

 *Platform A (9.30am – 2.00pm)

 *Platform B (11.30am – 4.30pm)

Harga:

Dewasa MyKad: RM15

Pelancong: RM60

Kanak-kanak MyKad: RM5

Pelancong: RM30 | Kamera RM10

Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Yet Hing Oil Palm Estate, Off Jalan Labuk, Sandakan

TERIMA KASIH .. JUMPA LAGI !!

About Me

© 2023 by Going Places. Proudly created with Wix.com

  • White Facebook Icon
Join My Mailing List

I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font.

 

Read More

 

bottom of page